Home My Story Travel Review Contest Parenting Tutorial

4 Sebab Kenapa Hospital DEMC Menjadi Pilihan Ramai

Meskipun harga dari hospital swasta lebih mahal tetapi, masih ramai yang menjadikan hospital swasta sebagai pusat rawatan terbaik. Hal ini kerana, rawatan di hospital swasta dapat diberikan dengan cepat sementara konsultasi dan temujanji diadakan di waktu yang sesuai bagi pesakit. Kali ni, Fara agak terpikat dengan Hospital Pakar DEMC Shah Alam.

Mengapa DEMC Menjadi Pilihan?

1. Bilik yang ekslusif

Mungkin ada di antara kita yang mementingkan keselesaan ketika melakukan rawatan di hospital bukan? Di sini, anda boleh dapat bilik dengan harga serendah RM145 untuk ‘double room’ hingga yang paling mahal RM1500 untuk jenis ‘Orchid Suites’. Jika anda suka akan keselesaan bolehlah pilih bilik yang berdekorasi mewah seperti Orchid Suites. Kombinasi gaya mewah serta keselesaan Orchid Suites memberikan ketenangan buat anda dan keluarga serta sahabat yang hadir melawat. Walaubagaimana pun, pilihlah mana-mana bilik sekalipun asalkan mengikut bajet dan keselesaan anda.


2. Perkhidmatan rawatan yang cepat dan pantas

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan ada dalam kalangan masyarakat yang memilih rawatan di pusat penjagaan kesihatan swasta. Mungkin ada orang yang tidak suka dengan waktu menunggu yang agak lama di hospital awam. Kerana beberapa sebab tertentu, masa untuk menerima rawatan mungkin agak lama dan sudah tentu ada yang tidak gemar dengan situasi sebegini. Rawatan di DEMC lebih cepat dapat diperoleh pesakit dimana anda tiada kuota dan waktu menunggu. Bila-bila masa sahaja rawatan boleh dibuat serta merta tanpa temu janji (bergantung pada situasi). Selain itu, anda juga tidak perlu menunggu giliran yang lama untuk dirawat dan semestinya staff di DEMC akan memberikan layanan yang baik untuk anda dari awal hingga akhir.


3. Boleh memilih doktor bersalin perempuan

Ini merupakan satu keistimewaan untuk para ibu memilih doktor perempuan untuk menyambut kelahiran bayi tercinta. Para suami juga berpeluang untuk menunggu dan menemankan isteri. Ini agak membantu kerana isteri sangat perlukan bantuan dan kekuatan dari suami sepanjang proses kelahiran. Persekitaran yang selesa dan tenang serba sedikit dapat membantu emosi anda ketika sakit ‘contraction’


4. Hospital untuk ibu dan anak

Ramai kenalan memberikan feedback yang positif mengenai DEMC kerana di sini, ada tempat khas untuk ibu dan anak mendapatkan rawatan kesihatan diri atau ‘checkup’ bulanan anak-anak mereka. Jadi, memudahkan ibu bapa untuk memantau anak-anak sewaktu mereka tiba-tiba meragam, di sini ada menyediakan bilik penyusuan, playground dan rawatan yang terbaik akan diberikan dengan layanan yang mesra.



Dulu DEMC kini AVISENA

Untuk pengetahuan semua, Hospital Pakar DEMC kini telah menukar nama kepada Avisena ya. Dato’ Dr Omar Abd Hamid selaku President & Chief Executive Officer berkata :

“Hospital Pakar Avisena diambil bersempena nama Ibnu Sina, atau nama sebenarnya Abu Ali Al-Hussian Ibnu Abdullah, seorang tokoh besar dalam bidang perubatan moden yang dilahirkan pada tahun 980.Tujuan pemilihan nama ini adalah sebagai antara langkah awal kami untuk berkembang ke seluruh negara, kami yakin dengan memiliki nama yang lebih umum, hospital ini nanti akan dapat diterima orang ramai.”


Walaupun dulu dikenali sebagai DEMC dan sekarang dikenali pula sebagai AVISENA, Segala servis, perkhidmatan, kualiti yang diberikan kepada pesakit adalah sama seperti biasa. Hanya penukaran nama sahaja berlaku. Apa yang menariknya lagi, Hospital Pakar Avisena akan berusaha untuk terus memberikan perkhidmatan yang unik dan berbeza dengan komitmen tanpa kompromi terhadap kualiti perkhidmatan kepada semua pelanggan mereka. Avisena berbangga dengan reputasi mereka untuk mewujudkan satu pengalaman yang benar-benar prihatin di Avisena. Avisena sentiasa cuba menyediakan perkhidmatan baru dan keperluan pelanggan melalui penglibatan dan perkongsian strategik.


Dengan berbuat demikian, Avisena mencipta formula kejayaan dengan memenuhi keperluan penjagaan kesihatan yang berkembang pelanggan-pelanggan mereka. Falsafah Avisena ini adalah salah satu cara untuk mendekati pelanggan dengan menyediakan inovasi nilai dan kualiti dalam semua usahanya.


Hospital Pakar Avisena, Shah Alam adalah kumpulan penjagaan kesihatan yang berkembang pesat di Shah Alam yang menawarkan spektrum gabungan penjagaan primer, perkhidmatan pakar dan program kesihatan kesihatan untuk memenuhi keperluan penjagaan kesihatan masyarakat, negara dan pelanggan antarabangsa. Tidak mustahillah jika AVISENA ini menjadi pilihan ramai terutama warga Selangor.

Untuk mengetahui lanjut mengenai AVISENA SPECIALIST HOSPITAL bolehlah ke laman sesawang di bawah :

Facebook : Avisena Specialist Hospital

5 ulasan:

Ana Jingga berkata...

kalau berkemampuan dan mempunyai medical card pastinya private hospital menjadi pilhan kan mommy :)

Hajar Shikin berkata...

Biasa yang pergi hospital swasta orang yang ada medical card je, huhu

shalimar yusof berkata...

mesti selesa persekitarannya kan...pakar pun lengkap..fasiliti pun mesti terkini...

farhanna jafri berkata...

cantiknya bilik dia!

Siqah Hussin berkata...

Siqah pernah sekali ke sini melawat kawan yang baru melahirkan anak. BIlik memang selesa, suasana hospital pun selesa. Memang kalau ada pilihan, pasti hospital swasta menjadi pilihan untuk keselesaan.